Senin, 22 April 2013

Konser Rock Pekerja Indonesia dikecam Media Malaysia


Penyelenggaraan musik rock yang digelar pekerja Indonesia di Malaysia semalam dikecam media setempat karena dianggap pengumbar setan dan mencermarkan kedaulatan Malaysia

Koran Harian Metro, yang meliput peristiwa semalam mengikuti jalannya acara di mana ratusan kalangan muda Indonesia, yang umumnya para pekerja di yang tinggal di Balakong. Yang mengecewakan, ujar Harian Metro, mereka menggelar musik “syaithan” disertai alunan al-Quran, doa-doa dan selawat.

Para pengunjung, kebanyakan remaja yang mencoreng mukanya dengan tinta, memakai baju hitam berlambang salib terbalik serta berambut panjang. Mereka menengadahkan tangannya sewaktu membaca doa ketika memulai acara pada jam 11 malam, sebelum kemudian acara berubah menjadi histeria, kutip Harian Metro.

image

Acara bertajuk, ‘Konser Halal Bihalal’ yang berlokasi di dekat Juara Sinar Apartment, Taman Juara Jaya itu semakin liar tatkalan ratusan remaja Indonesia itu memulai berjoget seperti orang kerasukan hingga mengangkat tubuh wanita ke udara, hingga ada yang sempat membuka pakaian, Harian Metro, Pesta musik gila, begitu Harian Metro menyebut, menyajikan musik-musik berjenis “trash’, ‘heavy metal’ dan ‘dangdut’. Konsert bertambah ‘panas’ saat para pekerja Indonesia itu menggeleng-gelengkan kepala sambil menari dengan berpeluk-pelukan.

Ditaksir tidak kurang dari 600 remaja belia Indonesia yang bekerja kilang di sekitar Kajang, Bangi dan Petaling Jaya ikut larut dalam acara itu. Kebanyakan mereka dilihat memakai baju T berwarna hitam dengan pelbagai logo ganas sambil menari tanpa menghiraukan cuaca panas.

Sementara itu, seorang panitian konser mengatakan, acara seperti ini sudah diadakan selama tiga tahun berturut-turut yang ditujukan mempererat hubungan diantara mereka pada bulan Syawal, ujar Tumadi (20), pihak panitia penyelenggara.

“Kebanyakan yang hadir adalah cewek (gadis) dan cowok (pemuda) dari Pulau Jawa. Kami sudah pohon permit (izin) untuk mengadakan acara ini dari polisi (polis) dan maklumkan kepada `bapak’ di Kedutaan Indonesia.

“Ini adalah acara biasa di Indonesia. Mereka cuma mahu berhibur dan hilangkan stress bekerja. Kami ingin sampaikan pesan cinta damai,” katanya.

Tapi penduduk Malaysia justru tak enjoy dengan acara ini. Penduduk justru merasa ketakutan dan menganggap acara para pekerja Indonesia ini sebagai bentuk pelecehan kedaulatan Malaysia.

“Mereka menyalah gunakan permit (izin) yang diberikan itu untuk menganjurkan konsert haram. Oleh karena itu polisi bertindak mengarahkan ia supaya dihentikan serta-merta,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Noor Hakim Kassim.

“Saya menganggap konser liar ini mencemarkan kedaulatan Malaysia,” ujar Pengurus Persatuan Penduduk Juara Sinar Apartmen, Halim Md Noor seperti dikutip Harian Metro. Inikah wajah generasi kita di tanah orang?. (metro/cha/Hidayatullah.com)

Tipu permit konsert


imageKUALA LUMPUR: Penganjur konsert liar di Taman Juara Balakong, kelmarin, dikatakan menipu pegawai kedutaan Indonesia dengan mendakwa mahu mengadakan majlis ceramah agama selain sambutan Aidilfitri.

Perbuatan itu bagi mengaburi pihak berkuasa supaya penganjur dapat menjayakan konsert berkenaan yang menggabungkan muzik heavy metal, trash dan dangdut.

Jurucakap Pejabat Kedutaan Indonesia yang dihubungi pagi semalam, berkata pihaknya ada menerima surat berhubung penganjuran acara yang berunsur keagamaan itu daripada penganjur beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya amat terkejut dengan pendedahan akhbar berhubung konsert liar berkenaan yang menjatuhkan moral belia negara terbabit.

Menurutnya, pihak kedutaan tidak menyangka majlis yang disangkakan bertujuan mengeratkan silaturahim dan ukhwah di kalangan pekerja Indonesia di negara ini bertukar menjadi pesta menjatuhkan moral.

“Kami serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan. Kami tidak menghalang jika penganjur dikenakan tindakan kerana melanggari undang-undang negara ini.

“Kami turut akan memanggil pihak penganjur untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung majlis berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Noor Hakim Kassim, turut mengakui permit yang dipohon penganjur adalah untuk majlis jamuan hari raya dan bukannya konsert.

“Selepas meneliti permit nyata ia untuk majlis jamuan hari raya, bukan membenarkan konsert tidak bermoral begitu. Oleh itu, polis mengarah mereka supaya membatalkan majlis,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon, kecewa dan terperanjat dengan pendedahan media berhubung konsert liar itu.

Menurutnya, konsert terbabit yang berlangsung lebih empat jam itu didakwa mengganggu ketenteraman penduduk tempatan berikutan dentuman muzik.

“Saya akan menghantar surat rasmi kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung kejadian itu,” katanya.

Difahamkan konsert terbabit dikatakan diatur dengan rapi berdasarkan penemuan surat jemputan dan atur cara majlis.

Malah, pihak urusetia memakai tanda nama untuk membezakan mereka dengan penonton yang hadir di majlis itu

Kewujudan pentas khas, lima kanopi dan peralatan muzik khas yang disewa membuktikan bahawa penganjur mempunyai sumber kewangan kukuh untuk menganjurkan konsert.

Mereka dipercayai berupaya menganjurkan konsert hasil kutipan wang yang disumbangkan ahli persatuan tertentu.

Apa yang menyedihkan majlis berkenaan dimulakan dengan acara bacaan ayat al-Quran dan selawat ke atas nabi pada permulaan majlis.

Kebanyakan penonton dilihat sengaja menadah tangan dalam pelbagai gaya aneh sambil muka dicat dengan warna merah menyala seperti darah.

Kertas atur cara majlis yang diedarkan pula turut menyertakan sekali perutusan pihak kedutaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam, Harian Metro mendedahkan peri laku liar lebih 600 belia Indonesia yang menyertai konsert itu di Balakong, kelmarin.

Penonton berhibur seolah-olah dalam keadaan khayal dan mabuk bagi merayakan konsert yang dinamakan `Halal Bihalal’ kononnya sempena penutup Aidilfitri.

Kebanyakan lelaki dan perempuan Indonesia itu berkelakuan menjolok mata termasuk berpeluk, bercium, melambung perempuan serta bergoyang kepala dalam keadaan khayal ketika muzik dimainkan.

Acara anjuran pertubuhan `Bocahe Dewe’ itu dikatakan sudah tiga tahun berturut-turut diadakan di situ.

Harian Metro Malaysia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar